Nama Tempatan: | mahkota dewa |
Nama Saintifik: | Phaleria papuana |
Nama Lain: | buah dewa, simalatama |
Famili: | Thymelacea |
Lokasi dijumpai: | indonesia |
Asal: | |
keterangan: | |
pohon jenis renek, buah berwarna kemerah - merahan | |
kegunaan: | |
dilaporkan di indonesia ianya digunakan untuk merawat pelbagai jenis kanser, masalah buah pinggang,darah tinggi, stroke, kencing manis, kolesterol tinggi dan pelbagai kegunaan yang lain "Mahkota Dewa kini berada di Malaysia"Mahkota Dewa berasal dari kepulauan Papua, tumbuhan asli Indonesia ini dibawa masuk ke dalam budaya hidup masyarakat istana atau keraton. Pada zaman lampau, hanya keraton Mangkunegara di Solo dan keraton di Yogjakarta mengetahui rahsia khasiat mahkota dewa. Di dua istana itulah fungsi mahkota dewa sebagai bahan penawar, dikenal pasti dan dimanfaatkan sejak berkurun lama sebelum ‘rahsia’ itu terbongkar pada masyarakat umum. Menurut sumber lisan dan bertulis, kedua-dua istana itu menggunakan mahkota dewa bagi tujuan merawat pelbagai masalah kesihatan, termasuk sakit jantung, ketumbuhan, kencing manis, hepatitis, darah tinggi dan penyakit kulit. Malah perajurit zaman silam digalakkan memakan buah mahkota dewa sebelum ke medan perang agar lebih sihat dan kuat. Nama popular : Mahkota Dewa Nama Lain : Pusaka Dewa, Buah Dewa, Umbi Dewa, Beluntas Cina dan Semalakama Nama Saintifik : Phaleria papuana Famili : Thymelacea Bahagian yang digunakan : Hampir semua bahagian pokok, termasuk buah. Bentuk Fizikal Mahkota dewa adalah sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga lima meter. Ia mengeluarkan buah bewarna hijau ketika muda dan merah menyala apabila matang. Selain buahnya yang menarik,jaringan dahan dan daunnya menjadikan mahkota dewa juga cantik sebagai tanaman hiasan. Khasiat Di Indonesia sendiri, penawar mahkota dewa masih dianggap ‘pendatang baru’ dalam dunia perubatan herba. Walaupun baru, ia menimbulkan ‘kejutan’ kerana kemujarabannya dilaporkan luar biasa. Antara yang dipercayai secara tradisional dapat ditangani dengan penawar semulajadi ini ialah masalah kesihatan yang ada hubungan dengankanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selsema dan insomnia. Apa yang menarik ialah kemampuan mahkota dewa menangani kanser. Berdasarkan pengalaman pengguna, ia dikesan dapat menyekat pertumbuhan sel kanser, sekali gus membantu pengidap berkenaan. Kaya sebatian aktif, banyak manfaat perubatan :‘Kejutan luar biasa’- Mahkota Dewa Walaupun tumbuhan herba berkenaan bukan berasal dari negara ini, ia sudah dibawa masuk kesini dan diusahakan secara komersil, termasuk sebagai antara pokok berubat di nursery herba. Malah mahkota dewa kini dibekalkan secara pukal oleh syarikat tempatan kepada pihak berminat bagi menghasilkan produk siap. Kajian Kajian di Indonesia mendapati mahkota dewa mengandungi banyak sebatian aktif bermanfaat untuk penjagaan kesihatan dan penyembuhan penyakit,termasuk yang ringan dan kronik. Di negara itu – tempat asal ia dikenal pasti mempunyai khasiat perubatan tinggi – tumbuhan ini dianggap ‘musuh ketat’ bagi banyak jenis penyakit. Ia menimbulkan ‘kejutan’ kerana kemujarabannya dilaporkan luar biasa. Antara yang dipercayai secara tradisional dapat ditangani dengan penawar semulajadi ini ialah masalah kesihatan yang ada hubungan dengan kanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selsema dan insomnia. Kemampuan mahkota dewa menangani pelbagai masalah kesihatan dikatakan ada hubungan rapat dengan kandungan sebatian aktif di dalamnya. Menerusi kajian di negara itu,ia dikesan amat kaya dengan pelbagai sebatian aktif. Contohnya, daun dan kulit buah mahkota dewa dikesan mengandungi alkaloid, terpenoid, saponin, senyawa resin dan sebatian lignan (polifenol). Kulit buah juga mengandungi flavonoid. Di dalam tempurung buah mahkota dewa pula dikesan wujud sebatian aktif seperti mahkosid-A, mangiferin, kaempferol, glukosid, asid dodecanoat dan asid palmitat. Sains perubatan mengesahkan flavanoid mampu membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan kandungan kolestrol serta pembentukan lemak pada dinding pembuluh darah, sekali gus merendahkan risiko serangan jantung. Sebatian aktif jenis ini juga mengandungi unsur anti radang dan anti oksidan yang mampu membantu mengurangkan kesakitan jika berlaku pendarahan atau pembengkakan. Alkaloid pula mampu berfungsi meneutralkan racun di dalam badan manusia, manakala saponin bertindak sebagai anti bakteria dan anti virus, meningkatkan imuniti badan, menambahkan kecergasan dan merendahkan kadar gula dalam darah. Polifenol pula berfungsi sebagai anti alahan. | |
Thursday, January 20, 2011
Labels:
Mahkota Dewa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment