Saturday, May 14, 2011

Pokok Herba PECAH KACA




                                  Daun Pecah Kaca yang telah dikeringkan


Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).
Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.
Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.
Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.
Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.
Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.
Artikel oleh:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.

Misai Kucing



TUMBUHAN HERBA MISAI KUCING
Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.
“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.
Tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.
“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.
Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.
Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan.

Thursday, January 20, 2011

ABOUT US

saya adalah penanam peminat pokok pokok herba malah bukan pokok herba pelbagai jenis tumbuhan yang saya tanam dari bunga bungaan hingga lah tumbuhan herba. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang saya tanam seperti mas cotek (pelbagai spesis), Mahkota Dewa, Kunyit hitam, dll.

Seperti yang diketahui umum terlalu banyak khasiat dan kebaikan tumbuhan herba ini saya sendiri tidak terkecuali mengamalkan meminum air rebusan buah mahkota dewa dimana saya sendiri merincik buah tersebut, menjemur dan menjadikannya sbg minumam seperti teh.

Tel:013-3303097
Email:jazrizan@gmail.com
http://secretherba.blogspot.com




MAS COTEK
Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenispenyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesiatumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. DiMalaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ia tergolong dalam keluarga Moraceae.

KHASIAT
Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.

Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:
  1. Flavonoid
    • Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
    • Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
  2. Tannis
    • Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
  3. Triterpenoids
    • Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient
  4. Phenols
    • Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik


Penyediaan herba

Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba.





Nama Tempatan:mahkota dewa
Nama Saintifik:Phaleria papuana
Nama Lain:buah dewa, simalatama
Famili:Thymelacea
Lokasi dijumpai:indonesia
Asal:

keterangan:

pohon jenis renek, buah berwarna kemerah - merahan

kegunaan:

dilaporkan di indonesia ianya digunakan untuk merawat pelbagai jenis kanser, masalah buah pinggang,darah tinggi, stroke, kencing manis, kolesterol tinggi dan pelbagai kegunaan yang lain


"Mahkota Dewa kini berada di Malaysia"

Mahkota Dewa berasal dari kepulauan Papua, tumbuhan asli Indonesia ini dibawa masuk ke dalam budaya hidup masyarakat istana atau keraton. Pada zaman lampau, hanya keraton Mangkunegara di Solo dan keraton di Yogjakarta mengetahui rahsia khasiat mahkota dewa.
Di dua istana itulah fungsi mahkota dewa sebagai bahan penawar, dikenal pasti dan dimanfaatkan sejak berkurun lama sebelum ‘rahsia’ itu terbongkar pada masyarakat umum.
Menurut sumber lisan dan bertulis, kedua-dua istana itu menggunakan mahkota dewa bagi tujuan merawat pelbagai masalah kesihatan, termasuk sakit jantung, ketumbuhan, kencing manis, hepatitis, darah tinggi dan penyakit kulit. Malah perajurit zaman silam digalakkan memakan buah mahkota dewa sebelum ke medan perang agar lebih sihat dan kuat.
Nama popular : Mahkota Dewa
Nama Lain : Pusaka Dewa, Buah Dewa, Umbi Dewa, Beluntas Cina dan Semalakama
Nama Saintifik : Phaleria papuana
Famili : Thymelacea
Bahagian yang digunakan : Hampir semua bahagian pokok, termasuk buah.
Bentuk Fizikal
Mahkota dewa adalah sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga lima meter. Ia mengeluarkan buah bewarna hijau ketika muda dan merah menyala apabila matang. Selain buahnya yang menarik,jaringan dahan dan daunnya menjadikan mahkota dewa juga cantik sebagai tanaman hiasan.

Khasiat

Di Indonesia sendiri, penawar mahkota dewa masih dianggap ‘pendatang baru’ dalam dunia perubatan herba. Walaupun baru, ia menimbulkan ‘kejutan’ kerana kemujarabannya dilaporkan luar biasa.
Antara yang dipercayai secara tradisional dapat ditangani dengan penawar semulajadi ini ialah masalah kesihatan yang ada hubungan dengankanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selsema dan insomnia.
Apa yang menarik ialah kemampuan mahkota dewa menangani kanser. Berdasarkan pengalaman pengguna, ia dikesan dapat menyekat pertumbuhan sel kanser, sekali gus membantu pengidap berkenaan.

Kaya sebatian aktif, banyak manfaat perubatan :‘Kejutan luar biasa’- Mahkota Dewa
Walaupun tumbuhan herba berkenaan bukan berasal dari negara ini, ia sudah dibawa masuk kesini dan diusahakan secara komersil, termasuk sebagai antara pokok berubat di nursery herba. Malah mahkota dewa kini dibekalkan secara pukal oleh syarikat tempatan kepada pihak berminat bagi menghasilkan produk siap.

Kajian
Kajian di Indonesia mendapati mahkota dewa mengandungi banyak sebatian aktif bermanfaat untuk penjagaan kesihatan dan penyembuhan penyakit,termasuk yang ringan dan kronik.
Di negara itu – tempat asal ia dikenal pasti mempunyai khasiat perubatan tinggi – tumbuhan ini dianggap ‘musuh ketat’ bagi banyak jenis penyakit. Ia menimbulkan ‘kejutan’ kerana kemujarabannya dilaporkan luar biasa. Antara yang dipercayai secara tradisional dapat ditangani dengan penawar semulajadi ini ialah masalah kesihatan yang ada hubungan dengan kanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selsema dan insomnia.

Kemampuan mahkota dewa menangani pelbagai masalah kesihatan dikatakan ada hubungan rapat dengan kandungan sebatian aktif di dalamnya. Menerusi kajian di negara itu,ia dikesan amat kaya dengan pelbagai sebatian aktif. Contohnya, daun dan kulit buah mahkota dewa dikesan mengandungi alkaloid, terpenoid, saponin, senyawa resin dan sebatian lignan (polifenol). Kulit buah juga mengandungi flavonoid. Di dalam tempurung buah mahkota dewa pula dikesan wujud sebatian aktif seperti mahkosid-A, mangiferin, kaempferol, glukosid, asid dodecanoat dan asid palmitat.

Sains perubatan mengesahkan flavanoid mampu membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan kandungan kolestrol serta pembentukan lemak pada dinding pembuluh darah, sekali gus merendahkan risiko serangan jantung.

Sebatian aktif jenis ini juga mengandungi unsur anti radang dan anti oksidan yang mampu membantu mengurangkan kesakitan jika berlaku pendarahan atau pembengkakan.

Alkaloid pula mampu berfungsi meneutralkan racun di dalam badan manusia, manakala saponin bertindak sebagai anti bakteria dan anti virus, meningkatkan imuniti badan, menambahkan kecergasan dan merendahkan kadar gula dalam darah. Polifenol pula berfungsi sebagai anti alahan.